SUMITEC Group ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah syarikat berorientasikan penyelesaian.
Kami menyediakan pelbagai produk termasuk alat pemesinan berketepatan tinggi, alat pengukuran, alat penyelenggaraan dan cecair industri daripada prinsipal terkenal dunia bagi memenuhi keperluan pasaran.
Sebagai sebahagian daripada hab pemindahan teknologi bertaraf dunia, kami komited untuk membawa penyelesaian untuk kejayaan masa depan pelanggan dan kini menyokong lebih daripada 500 buah syarikat pembuatan di Malaysia.
Kami beriltizam untuk membantu industri pemesinan berkembang ke arah negara berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi.